Keluarga di Perak Daeng_Selili

Pada tahun 1743, beliau yang juga bergelar Haji Besar oleh kerana serbannya putih dan besar yang mengikut gaya Panglima perang Uthmaniyyah Turki, berjaya menghapuskan lanun di Pulau Sembilan dan menyerahkannya kepada Sultan Mudzaffar Shah III (1728–1952). Beliau diiringi bersama dengan anaknya yang bernama Petta Torawi dan Petta Tosiangka bersama armada jong-jong yang banyak dan besar.

Beliau kemudiannya dikahwinkan dengan adinda baginda yang bernama Raja Tengah (Raja Su binti Almarhum Raja Mansur) dan dikurniakan 4 orang anak.

  1. Habib Muhammad Abdullah digelar juga Tok Senggang atau Tok Anggang. Pembuka Kampung Senggang, Kuala Kangsar.
  2. Muhammad Utsman dengan gelaran Seri Maharaja, keturunan mereka inilah meneruskan pangkat Dato Sri Maharaja Lela.
  3. Muhammad Abdul Qadir dikenali juga sebagai Daeng Mat Tara dengan gelaran Tok Tongkat dua kepala naga.
  4. Nur Zurizan (perempuan) atau dikenali juga Nurjilisan atau dikenali juga sebagai Opah Bakul atau Tok Bakul.

Anak-anak hasil perkahwinan isteri keempat Daing Selili iaitu Raja Tengah (Raja Su binti Almarhum Raja Mansur) tidak ramai kerana beliau seorang pahlawan atas Jong yang kerap berlayar melawan penjajah di sekitar perairan di Nusantara. Beliau menggunakan banyak nama dan gelaran bagi mengelakkan zuriat dan keluarganya daripada dikesan dan diancam.

Beliau dilantik menjadi Mufti Perak. Kemudian, beliau dilantik menjadi orang besar Perak dengan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Tak Bertanya.

Keturunannya yang menetap lama di Perak, maka telah berlakunya asimilasi dengan masyarakat Melayu Perak sehingga budaya, bahasa dan tulisan suku Bugis Jong tidak dikenali lagi melainkan sekadar pengakuan/sejarah lisan. Namun begitu, semenjak pembunuhan residen British pertama Perak J.W.W. Birch (James Wheeler Woodford Birch) oleh keturunan beliau iaitu Dato Maharaja Lela. Semua rekod bertulis tulisan Bugis dan segala peralatan kebesaran dihapuskan begitu sahaja.

Makam beliau telah digazet pada 21 Februari 1980 dengan nombor gazet P.U. (A) 45 Daerah Kuala Kangsar, Mukim Sayong, Lot No. 1803.